Ronaldo Bakal Kahwin Kali Ke 4

Kamis, 27 Februari 2014 0 komentar


RIO DE JANEIRO -  Bekas penyerang Brazil, Ronaldo bakal menamatkan zaman dudanya untuk berkahwin kali keempat dengan Paula Morais.

Lagenda Brazil itu atau nama asalnya Luis Nazario de Lima telah melamar Morais pada hari jadi ke-28 teman wanitanya.

Ronaldo, 37,  yang sudah mempunyai tiga orang anak  tinjauan tiga perkahwinannya sebelum ini, telah memuatnaik detik-detik manis tersebut dalam instagram.

Pemegang anugerah World Cup Golden Ball pada 1998 itu, melamar Morias dalam suasana romantik di hadapan rakan-rakannya.

Ketika dia mengeluarkan cincin, orang ramai melaungkan ‘Aceita, aceita, aceita’ iaitu meminta Morias menerima lamaran tersebut.

Dia kemudiannya memuat naik gambar mereka berdua bersama cincin baru itu dengan mesej ‘Love you, Paula Morais’.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 breaking news