src="http://media2.static.mkini.net/misc/trending_en.js" typeMalaysiakini
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) beroperasi di bawah keupayaan sebenarnya apabila hanya mengagihkan sebanyak 4,371 juta liter air sehari pada masa ini.
Sedangkan, pemegang konsesi air itu mampu mengeluarkan sebanyak 4,807 juta liter air sehari melalui kesemua 34 lojinya di negeri itu, katanya.
"Kekurangan agihan SYABAS ini bermaksud SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar," kata Khalid pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor di Shah Alam.Mengulas dakwaan oleh kerajaan persekutuan bahawa jumlah rizab simpanan air Selangor pada kadar 2 peratus, Khalid berkata fakta tersebut tidak tepat.
Katanya, rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa kini ialah sebanyak 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus.
0 komentar:
Posting Komentar